Isnin, 17 Mac 2014

MESYUARAT AGUNG KALI KE-4 PERSATUAN PENDUDUK JALAN IMPIAN MURNI 2

TARIKH    : 22 MAC 2014 (Sabtu)

MASA    : 9.00 MALAM

TEMPAT: PEKARANGAN JALAN IMPIAN MURNI 2/1, SAUJANA IMPIAN, KAJANG

( Semua Ahli Dijemput Hadir )

PENGAMBILAN AHLI BAHARU KELAB SILAT GAYONG PLKU

DENGAN KERJASAMA PERSATUAN PENDUDUK JALAN IMPIAN MURNI 2, SAUJANA IMPIAN, KAJANG  (PPJIM2)

Kelas Bermula pada April 2014

TERBUKA UNTUK : KANAK-KANAK  (7 -12 tahun)     
                                   REMAJA (13 - 18 tahun)
LOKASI :PADANG PERMAINAN JALAN IMPIAN MURNI 2, SAUJANA IMPIAN, KAJANG
HARI : JUMAAT       
MASA : 9.00-11.00  MALAM

YURAN TAHUNAN   :     RM 20.00
YURAN BULANAN   :     RM 20.00 ( Ahli / Anggota Keluarga PPJIM2 )
                                          RM 30.00 ( Bukan Ahli PPJIM2 )
SILA HUBUNGI: ENCIK MOHD RADZI AHMAD - 013-6339875
                              ENCIK HAFIZ HAZAIMIE ABD MANAN - 012-6516304

Ahad, 14 April 2013

GOTONG-ROYONG PPJIM 2


Pada 14 April 2013 (Ahad), bermula jam 7.30 pagi, satu aktiviti gotong-royong telah dilakukan oleh komuniti penduduk Jalan ImpianMurni 2. Aktiviti ini dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Jalan Impian Murni 2, khususnya Biro Kebajikan, Pendidikan dan Komuniti Masyarakat

Tepat jam 7.30 pagi, Encik Mohd Radzi bin Ahmad selaku Pengerusi Persatuan Penduduk Jalan Impian Murni 2 (PPJIM2) telah mengalu-alukan kedatangan penduduk-penduduk yang sudi hadir dan seterusnya menyampaikan maklumat berkenaan akitviti gotong-royong ini. 




Menurut pengerusi persatuan,gotong-royong ini diadakan dengan tujuan untuk menjadikan persekitaran kawasan perumahan di Jalan ImpianMurni 2 lebih bersih dan ceria dan seterusnya dapat mengelakkan komuniti ini daripada dilanda oleh wabak penyakit seperti denggi. Ini merupakan aktiviti tahunan yang diadakansejak 2009 sehinggalah sekarang.


Gotong-royong ini mendapat kerjasama daripada pihak Majlis Perbandaran Kajang, Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat dan juga Balai Bomba dan Penyelamat Kajang.  Para penduduk juga telah diberi taklimat keselamatan yang amat berguna tentang bahayanya api kebakaran yang tidak disedari puncanya.


Sebelum itu para penduduk yang hadir diberi topi percuma sebagai kenang-kenangan daripada pihak persatuan.




Dalam majlis ringkas ini, diselitkan juga sesi untuk menghargai ahli-ahli yang mendapat anak, kemasukan wad, kecemerlangan peperiksaan dan lain-lain lagi .




Taklimat mengenai denggi telah disampaikan oleh wakil daripada  Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat.






Aktiviti membersihkan taman ini meliputi Jalan Impian Murni 2, Jalan 2/2, Jalan 2/3 dan Jalan 2/4. Aspek utama yang telah ditumpukan ialah kebersihan longkang. Longkang yang tersumbat dengan sampah sarap telah dikeluarkan supaya aliran air bergerak dengan lebih lancar di samping mencegah tempat pembiakan nyamuk aedes dan lain-lain. 





Dua buah tong sampah yang besar telah disediakan oleh pihak MajlisPerbandaran Kajang untuk menyenangkan penduduk membuang sampah untuk tujuan aktiviti ini.






Dahan pokok telah dicantas supaya tidak menghalang kenderaan yang lalu lalang di sepanjang jalan.





Ucapan terima kasih kepada semua pihak yang bekerjasama untuk menjayakan aktiviti tahunan ini.

Isnin, 8 April 2013

JAWATANKUASA PERSATUAN PENDUDUK JALAN IMPIAN MURNI 2, SAUJANA IMPIAN, KAJANG BAGI SESI 2013-2015

PENGERUSI:
ENCIK MOHD RADZI AHMAD

TIMBALAN PENGERUSI:
ENCIK MOHD ALI DAUD

SETIAUSAHA:
ENCIK SHAHRUN NIZAL MOHD NOR

PENOLONG SETIAUSAHA:
ENCIK WAN HAMILUDDIN ABDUL KADIR

BENDAHARI:
ENCIK AMIRUSIE RAMLI

PENOLONG BENDAHARI :
ENCIK NOR FAZALNAIN TAMIN

AHLI JAWATANKUASA:
ENCIK MOHD NIZAM HASHIM
ENCIK JEFFRI JUSOH
ENCIK MUHAMMAD HELMI KASSIM
ENCIK FOO KAW SIN

PEMERIKSA KIRA-KIRA:
ENCIK AZMAN MOHD KASSIM
ENCIK NORHISHAH ELIAS

Catatan: Ahli Jawatankuasa telah dilantik dalam Mesyuarat Agung Kali Ketiga yang diadakan pada 9 Mac 2013 yang lalu, manakala Pemeriksa Kira-kira dilantik dalam Mesyuarat JK Bil 1/2013-2015 pada 15 Mac 2013.

Mesyuarat JK Bil 1/2013-2015 pada 15 Mac 2013 juga telah menetapkan portfolio ahli jawatankuasa seperti yang berikut:

BIRO AGAMA, KEROHANIAN DAN INSANIAH
ENCIK MOHD NIZAM HASHIM

BIRO KEBAJIKAN PENDIDIKAN DAN HAL EHWAL KOMUNTI
ENCIK JEFFRI JUSOH

BIRO KEBUDAYAAN, SUKAN DAN REKREASI
ENCIK MUHAMMAD HELMI KASSIM

BIRO PENERANGAN DAN PUBLISITI
ENCIK FOO KAW SIN

BIRO KESELAMATAN :
Dipangku sementara waktu oleh Pengerusi 


PEMAKLUMAN AWAL: GOTONG-ROYONG

Dimaklumkan bahawa GOTONG-ROYONG akan diadakan pada 14 APRIL 2013 (Ahad), bermula jam 7.30 pagi.  Taklimat kesihatan dan kesedaran keselamatan kebakaran juga akan diadakan dalam program ini. Surat pemakluman akan diedarkan kepada semua penduduk. 

Jumaat, 8 Mac 2013

MESYUARAT AGUNG PPJIM2 KALI KE-3


Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PPJIM2 Kali Ke-3 akan diadakan seperti ketetapan yang berikut:

TARIKH: 9 MAC 2013 (Sabtu)
MASA: 9.00 MALAM
TEMPAT: PEKARANGAN JALAN IMPIAN MURNI 2/1, SAUJANA IMPIAN, KAJANG

Semua ahli dimohon hadir.

Selasa, 4 September 2012

PEMAKLUMAN: MAJLIS JAMUAN AIDILFITRI

MAJLIS JAMUAN AIDILFITRI anjuran Persatuan Penduduk Jalan Impian Murni 2,Saujana Impian, Kajang akan diadakan 9 September 2012/22 Syawal 1433(Ahad), jam 8.00- 10.30 malam di pekarangan Jalan Impian Murni 2/1. Para penduduk dijemput hadir.

MAJLIS GOTONG ROYONG MEMASAK BUBUR LAMBUK

Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul. Persatuan Penduduk Jalan Impian Murni 2 Saujana Impian buat kali pertamanya telah menganjurkan Majlis Gotong - Royong Memasak Bubur Lambuk pada 12 Ogos 2012 (Ahad) di Jalan Impian Murni 2/1, Saujana Impian, Kajang. Pihak persatuan juga akan mengedarkan dua jenis kerepek seberat 250 gram setiap bungkus kepada setiap keluarga pada tarikh tersebut. Tuan/puan dijemput datang mengambil bubur lambuk dan kerepek tersebut untuk memudahkan pengagihan. Majlis bermula jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang. Persiapan penyediaan bahan masakan/pembungkusan kerepek, memasak,membungkus dan mengagihkan bubur lambuk dilakukan secara bergotong-royong oleh penduduk yang berkelapangan. Semoga usaha ini akan dapat merapatkan hubungan silaturahim sesama penduduk.
Kredit kepada MIKE HAFEEZ dan SHAZ EIFA atas penyiaran gambar yang diambil daripada FB mereka.